Carian
Google Pixel 9 Dan Apple iPhone 16 Mungkin Menggunakan Skrin Yang Sama
July 2, 2024 Fahim Zahar

OLED adalah skrin terbaik untuk mana-mana peranti. Pertama ia menyokong warna hitam yang benar-benar gelap, kemudian warna lain boleh dipaparkan dalam keadaan yang sangat terang dan tajam. Samsung adalah antara pengeluar skrin terbaik di pasaran sekarang. Akan datang, Samsung Display dilaporkan akan menjadi pembekal kepada Google dan Apple.

Grafik Tandem OLED pada iPad Pro M4

Lebih menarik, laporan ETNews menyatakan kesemua Pixel 9 tahun ini akan menggunakan skrin yang sama oleh iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max. Skrin ini menggunakan kod nama M14 yang memfokuskan kepada jangka hayat lebih panjang serta kecerahan yang lebih baik berbanding teknologi OLED sebelumnya.

Walaupun Google dan Apple memilih skrin yang sama, kualiti paparan mungkin akan masih berbeza. Ini kerana apa yang dipaparkan pada peranti masing-masing telah dioptimasikan dengan perisian tersendiri. Sama-sama kita nantikan pelancaran Pixel 9 dan iPhone 16 untuk melihat sendiri adakah skrin yang ditawarkan sebaik Samsung Galaxy S24 Ultra?

Komen