Carian
Syarikat Telekomunikasi Untuk Firma Rangkaian 5G Kedua Dijangka Dipilih Sebelum Penghujung 2024
July 2, 2024 Aman

Pada minggu lepas, kita telah melihat pelbagai syarikat telekomunikasi memeterai perjanjian untuk mendapatkan pegangan pada DNB. Bergerak ke hadapan, ia akan dipecahkan kepada dua, dimana sejumlah syarikat telekomunikasi akan kekal pada Digital Nasional Berhad, sementara beberapa akan berpecah dan membentuk konsortium untuk rangkaian 5G kedua.

Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Menteri Digital, Gobind Singh Deo menyatakan buat masa ini perjanjian telah dimeterai, dan langkah seterusnya adalah melihat kepada siapa akan membangunkan rangkaian kedua. Proses ini kini sedang berlangsung, dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat, dan disasarkan sebelum penghujung tahun. Pihak SKMM dijangka akan menyentuh dan berkomunikasi berkenaan hal ini.

Ia turut ditekankan yang mana tiada sebarang garis masa ditetapkan buat masa ini, tetapi disasarkan akan terdapat langkah ke arahnya sebelum penghujung tahun.

Komen