Carian
Google Merancang Untuk Perkenal Penawaran “Google AI” Bersama Pixel 9
July 3, 2024 Aman

Google sedia menawarkan Gemini sebagai kecerdasan buatan janaan dibawah mereka, selain turut menyediakan beberapa ciri-ciri berasaskan dengan kecerdasan buatan melalui Galaxy S24. Kini, menjelang pelancaran Pixel 9, ia kini hadir laporan AndroidAuthority menyatakan Google bakal perkenal penawaran khusus yang dijenamakan sebagai Google AI bersama-sama Pixel 9 kelak.

Dibawah jenama Google AI, ia dijangka akan menghimpunkan sejumlah penawaran berasaskan kecerdasan buatan janaan. ini termasuk Google Gemini sebagai pembantu maya, Circle to Search untuk melakukan carian dengan pantas, “Screenshots” untuk menemui info dalam sesuatu rakaman layar skrin, “Add Me” untuk memastikan semua orang ada dalam gambar berkumpulan, dan juga “Studio” untuk menjana gambar.

Ia tidak diketahui sama ada penawaran ini akan eksklusif untuk pengguna Pixel sahaja, atau akan turut diperluaskan ke jenama lain secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang. Langkah pengenalan ini juga memastikan Google melangkah selari dengan penawaran daripada pesaing lain, seperti Apple Intelligence dan sebagainya.

Google menjadualkan pengenalan Pixel generasi baharu ini pada bulan Ogos kelak.

Komen