Carian
WhatsApp Menguji Ciri AI Yang Boleh Mengubah Imej Sendiri Ke Apa Sahaja
July 3, 2024 Fahim Zahar

Ciri kecerdasan buatan generatif menjana imej sendiri daripada puluhan gambar yang dimuat naik ke pelayan pihak ketiga sudah menjadi popular untuk beberapa tahun. Masalah dengan ciri ini adalah kebanyakannya memerlukan bayaran dan Xiaomi adalah antara yang popular menawarkan ciri ini secara percuma. Akan datang, ciri lebih kurang sama turut akan tiba di WhatsApp.

Dalam WhatsApp Beta untuk Android versi 2.24.14.7 terdapat ciri Meta AI baharu yang sedang dalam pembangunan. Ciri ini adalah pengguna perlu tangkap gambar sendiri atau mungkin boleh muat naik melalui WhatsApp ke pelayan Meta untuk ia diproses oleh Meta AI. Kemudian masukkan prom “Imagine me” dan sambung ingin jadi apa misalnya Imagine me as a chef atau Imagine me as a Hollywood actor, imej anda tadi akan diubah menjadi watak digital baharu.

Ciri ini turut boleh digunakan di dalam ruang sembang dengan masukkan teks “@Meta AI Imagine me”. Berbanding dengan ciri oleh Xiaomi atau aplikasi lain, ini adalah kaedah paling ringkas dan mudah. Paling percuma tiada indikasi yang Meta meminta bayaran untuk ciri ini. Sama-sama kita nantikan kehadiran Meta AI untuk pengguna Malaysia.

Komen