Carian
Apple Mungkin Menggunakan Sensor Kamera Samsung Untuk iPhone 16
July 3, 2024 Fahim Zahar

Bertahun lamanya sensor kamera iPhone tidak didedahkan secara rasmi sehinggalah dua tahun lepas, Tim Cook mengesahkan yang Sony adalah pembekal utama untuk komponen kamera mereka. Perkara ini akan berubah pada tahun ini dengan iPhone 16 dikatakan menggunakan sensor kamera oleh Samsung pula.

The Elec melaporkan yang Apple sedang berada di fasa akhir menguji menilai kualiti kamera iPhone 16 dengan sensor Samsung CMOS. Sensor ini dibekalkan oleh Samsung System LSI dan akan digunakan untuk kamera utama. Apple tidak lagi memilih Sony kerana tidak yakin dan tidak percaya selepas tahun lepas mereka tidak menepati janji.

Tim Cook lawat makmal Sony di Jepun.

Dengan menggunakan sensor kamera Samsung, Apple boleh mengintegrasikan pelbagai teknologi kerana diberi fleksibiliti untuk rekaan. Sensor baharu ini turut boleh memproses imej dengan lebih pantas. iPhone 16 turut dikatakan akan memfokuskan kepada fotografi dengan turut menyertakan butang pengatup fizikal.

Komen