Carian
Jepun Akhirnya Menamatkan Penggunaan Cakera Liut Untuk Urusan Kerajaan
July 4, 2024 Effi Saharudin

Jepun akhirnya berjaya menamatkan penggunaan cakera liut bagi menjalankan urusn dengan agensi-agensi kerajaan. Menteri Digital Jepun, Taro Kono berkata penggunaan cakera liut secara rasmi tidak lagi dilakukan pada 29 Jun. Lebih 1000 peraturan yang mengawal penggunaan cakera liut dalam urusan kerajaan akhirnya telah dipinda.

Langkah pendigitalan urusan kerajaan Jepun telah dimulakan oleh Taro Kono pada tahun 2022Tokyo menjadi bandar pertama di Jepun yang menghentikan keperluan storan fizikal dalam urusan pada tahun 2021. Agak mengejutkan keperluan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan menggunakan mesin faks juga hanya ditamatkan pada tahu 2021 tetapi menerima bantahan pelbagai agensi pada ketika itu.

Walaupun Jepun mempunyai imej sebagai negara yang canggih ketika dekad 80an, penggunaan teknologi terkini mula perlahan pada dekad 90an disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang sehingga kini belum pulih ke tahap 40 tahun yang lalu. Generasi tua tidak bersedia untuk melakukan perubahan dalam kerja seharian dan mempelajari teknologi baharu mengambil masa untuk melatih kakitangan.

Komen