Carian
Anker Soundcore A30i Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM239
July 6, 2024 Nazrin

Jika anda sedang mencari sepasang fon telinga TWS yang hadir dengan rekaan dan ciri-ciri menarik pada tanda harga mampu milik, Anker Malaysia hari ini telah memperkenalkan aksesori fon telinga TWS terbaru mereka, Anker Soundcore A30i di pasaran tempatan.

ia hadir dengan rekaan yang sedikit berlainan dengan fon telinga TWS lain, dimana Soundcore A30i ini hadir dengan rekaan menyerupai gincu bibir. Ia juga hadir dengan empat pilihan warna berbeza, termasuklah hitam, putih, merah jambu dan juga biru.

Ia tampil dengan mekanisma pembukaan dan penutupan magnetik dimana pengguna hanya perlu menarik bahagian hujung rangka pengecasan untuk membukanya dan mengakses fon telinga ini.

Anker Soundcore A30i ini juga tampil dengan sokongan kalis debu dan air IP54, yang juga menjadikannya fon telinga sesuai jika anda gemar mendengar lagu sewaktu melakukan aktiviti sukan ataupun lasak. Dengan pengecasan penuh, fon telinga ini hadir dengan jangkahayat bateri 7 jam, manakala rangka pengecasannya boleh memberikan jangka hayat tambahan 17 jam, yang memberikan fon telinga ini jangka hayat penuh selama 24 jam.

Sama seperti aksesori Anker MagGo, fon telinga Anker Soundcore A30i ini sudah mula dijual melalui kedai atas talian Anker Malaysia di Shopee dan juga Lazada bermula hari ini. Ia hadir dengan tanda harga RM239, tetapi bersempena dengan pelancaran produk-produk baru mereka, ia ditawarkan pada harga RM139.90 untuk hari ini sahaja.

Komen