Carian
Nokia 235 4G Kini Disenaraikan Untuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM351
July 6, 2024 Aman

HMD Global pada awal Mei 2024 lepas, telah mengumumkan pengenalan sejumlah peranti baharu, dan salah satunya adalah Nokia 235 4G. Kini, peranti sama turut telah disenaraikan untuk pasaran Malaysia, dan dilihat membawa tanda harga RM350.90.

Nokia 235 merupakan penawaran telefon bimbit dengan integrasi sokongan rangkaian 4G. Ia hadir dengan skrin berwarna 2.8-inci, beserta papan kekunci fizikal angka. Telefon ini dijana dengan cip Unisoc T107, dan menjalankan sistem operasi S30+. Telefon ini turut dilengkapi dengan sokongan radio FM, dicas menggunakan USB-C, serta menawarkan masa penggunaan yang lebih lama berbanding telefon pintar, termasuk masa perbualan sehingga 9.8 jam.

Buat masa ini, Nokia 235 4G telah disenaraikan di Shopee, tetapi jualannya masih belum dimulakan lagi.

Komen