Carian
Affinity Photo, Designer dan Publisher Boleh Digunakan Percuma Selama 6 Bulan
July 9, 2024 Effi Saharudin

Perisian kreatif Affinity Photo, Affinity Designer, dan Affinity Publisher kini boleh digunakan percuma selama enam bulan. Ini adalah usaha Affinity untuk menarik pelanggan Adobe untuk mencuba perisian-perisian mereka yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Ketiga-tiga aplikasi boleh digunakan secara percuma tanpa sebarang komitmen untuk membeli selepas tamat tempoh ujian. Pengguna turut boleh mengakses tutorial dalam bentuk video secara percuma sepanjang tempoh ini. Promosi menarik ini boleh dinikmati pengguna di Windows, Mac dan iPad. Sekiranya berpuas hati dengan pengalaman penggunaan, aplikasi boleh dibeli pada harga promosi RM399.99 selepas potongan harga 50%.

Penawaran menarik hadir ketika Adobe berhadapan siasatan DOJ kerana mengenakan denda ke atas pelanggan yang membatalkan langganan bulanan Creative Cloud. Affinity baru sahaja diambil alih oleh Canva yang sudahpun mula memberikan impak ke atas Adobe kerana aplikasi web mereka turut boleh menawarkan ciri yang sama.

Komen