Carian
Apple Watch SE 3 Mungkin Hadir Dengan Binaan Plastik Untuk Harga Lebih Murah
July 9, 2024 Fahim Zahar

Selepas Apple Watch SE dilancarkan, ia boleh dikatakan mengubah pasaran jam tangan pintar. Ia menjalankan watchOS antara yang terbaik dan dijual pada harga mampu milik. Terbaru, Samsung turut melancarkan Galaxy Watch FE yang jauh lebih murah dan terdapat laporan menyatakan Apple ingin menawarkan Apple Watch yang lebih murah juga.

Apple Watch SE kali terakhir dilancarkan adalah pada tahun 2022. Model baharu dijangka turut akan tiba tahun ini dan Bloomberg melaporkan Apple ada merancang untuk Apple Watch yang lebih murah. Apple dikatakan ingin menggunakan bingkai plastik untuk Apple Watch SE. Kita semua tahu jam tangan pintar yang diperbuat daripada plastik tiada masalah untuk menjadi tahan lasak dan premium. Banyak juga produk Apple diperbuat daripada plastik seperti AirPods misalnya, masih kelihatan premium.

Apple Watch SE masih boleh dibeli pada harga bermula RM1,199. Jika Apple Watch SE versi plastik ini diperkenalkan kita mungkin berpotensi melihat harga jualan lebih murah. Sama-sama kita nantikan.

Komen