Carian
Ini Adalah Rekaan Sebenar Honor Magic Vs3
July 9, 2024 Amy Maizuraa

Sebanyak dua peranti boleh lipat baharu Honor bakal diumumkan pada minggu ini, dan salah satunya adalah Magic Vs3. Ia kelak menjadi pengganti buat Magic Vs dengan jangkaan boleh mempunyai resepi yang mantap untuk menjadi peranti boleh lipat dominan. Baru-baru ini rekabentuk penuhnya turut mula dikongsi melalui laman web rasmi Honor China.

Dapat dilihat lensa berbentuk empat segi pada bonggol kamera di belakang peranti. Kebiasannya lensa empat segi hanya digunakan pada mekanisme periskop dengan kemampuan zum yang tinggi. Turut boleh dilihat ialah dua sensor lain yang melengkapinya namun konfigurasinya masih belum diperincikan secara rasmi oleh Honor. Seterusnya skrin yang menyerupai Magic V3 akan digunakan pada bahagian hadapan dengan lubang kamera bersaiz kecil di tengah. Saiz bezel pada keempat-empat sisi peranti hampir sama besar menjadikan skrin skrin kelihatan lebih seimbang.

Setakat ini Magic VS 3 disahkan hadir dalam pilihan memori sehingga 1TB dan lebih murah berbanding Magic V3. Untuk spesifikasi lebih lengkap kita hanya perlu menanti pelancaran rasmi peranti ini pada 12 Julai mendatang.

Komen