Carian
YouTube Music Menguji Ciri DJ Radio AI Seakan Spotify
July 9, 2024 Fahim Zahar

Spotify DJ adalah antara ciri paling menarik pernah saya lihat ditawarkan pada sebuah platform penstriman. Ia adalah DJ radio yang dijana oleh kecerdasan buatan generatif untuk menyajikan pengguna muzik-muzik yang sesuai dengan citarasa masing-masing. Sayang sekali ciri ini tidak diberikan kepada pengguna Malaysia. Untuk itu kita mungkin perlu beralih ke YouTube Music kerana Google turut menguji ciri lebih kurang sama.

Ciri ini dikatakan adalah Ask for music any way you like yang meminta pengguna memasukkan prom teks mengenai lagu yang digemari. Selepas ia diproses, YouTube Music akan menjana satu stesen radio digital untuk pengguna. Google turut akan memaparkan kenyataan “kualiti dan ketepatan mungkin berbeza“. Ia juga dilihat tiada sebarang suara janaan AI untuk berinteraksi dengan pengguna, berbeza dengan penawaran oleh Spotify.

Menurut sumber, ciri ini mungkin akan ditawarkan kepada pengguna YouTube Premium sahaja. Diharapkan suatu hari nanti, Google turut akan memberi pengguna menjana DJ radio AI masing-masing. Sama-sama kita nantikan.

Komen