Carian
Safety Check Pada Google Chrome Turut Akan Tiba Ke Peranti Android
July 9, 2024 Fahim Zahar

Hujung tahun lepas, Google Chrome telah dikemaskini dengan ciri Safety Check baharu yang melindungi pengguna dan memberi amaran mengenai kerentanan sekuriti secara automatik. Akan datang, ciri sama turut akan tiba ke peranti Android.

Safety Check atau Semakan Keselamatan adalah ciri yang sudah lama ada pada Chrome. Ciri baharu yang tiba ke peranti Android ini adalah sama yang telah diperkenalkan kepada Chrome untuk komputer. Ia akan sentiasa berjalan di latar dan bergerak secara automatik memastikan kata laluan pengguna selamat, Chrome menggunakan versi terkini, semua akses kebenaran dipantau, akses pemberian notifikasi dan Safe Brwosing turut diberikan.

Buat masa ini, ia masih dalam peringkat ujian pada Chrome versi Canary yang terkini. Bagi yang berminat mencuba versi awal, buka chrome://flags dan cari Safety untuk aktifkan semua modul Safety Check baharu. Tidak pasti lagi bila versi stabil akan diberikan kepada semua pengguna.

Komen