Carian
Nothing Ingin Sesiapa Sahaja Mengeluarkan Aksesori Dan Panel Belakang CMF Phone 1
July 10, 2024 Fahim Zahar

Nothing baru-baru ini telah berkongsi spesifikasi teknikal lengkap bagi panel belakang CMF Phone 1 dan juga ukuran bagi setiap skru yang digunakan. Bukan itu sahaja, fail STL yang sedia untuk cetakan 3D panel belakang peranti ini turut diberikan kepada umum. Mereka ingin sesiapa sahaja mengeluarkan aksesori dan panel belakang CMF Phone 1 dan ahli komuniti berpeluang melihat rekaan idea ini menjadi realiti.

Antara idea yang diperlihatkan ialah cengkaman tambahan seakan kamera profesional, panel belakang dengan tekstur, aksesori untuk lensa kamera dan dompet. Salah seorang ahli komuniti Nothing turut telah berkongsi rekaan panel belakang lutsinar yang boleh dijadikan tempat mempamerkan kad Pokemon. Buat masa ini CMF Phone 1 hanya mempunyai beberapa aksesori rasmi iaitu empat warna panel belakang, tali lanyard, pemegang kad dan juga tongkat.

Komen