‘Add Yours’ ialah pelekat interaktif yang boleh digunakan untuk mencipta rantaian kandungan mengenai topik tertentu. Sekaligus membolehkan pengguna berinteraksi secara umum diantara satu sama lain dengan suasan yang menyeronokkan. Kalau diikutkan ia sedia ditawarkan oleh TikTok, Instagram dan Facebook sejak sekian lamanya menerusi aplikasi masing-masing. YouTube juga tidak mahu ketinggalan apabila dikatakan sedang menguji ciri yang sama pada kandungan Shorts.

Dalam contoh yang ditunjukkan diatas ianya berfungsi sama seperti ciri ‘Add Yours’ pada Instagram yang membolehkan pengguna bertanya pelbagai soalan atau respon secara umum. Kemudiannya pengguna lain boleh memberi respon dengan menambah kandungan Shorts masing-masing mengikut topik yang sedang dibincangkan. Turut difahamkan ianya boleh didapati dalam ruangan khusus pelekat yang kemudiannya pengguna hanya perlu menaip sebarang perkara atau persoalan yang cenderung menarik perhatian pengguna lain untuk memberi respon. Ia bagaimanapun masih diperingkat ujian kecil dengan hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat mencuba sebelum dilancarkan kepada semua.