Setelah dua bulan berlalu dari pengenalan Smart #3 oleh Pro-NET di acara Malaysia Autoshow 2024, hari ini mereka telah mengumumkan harga rasmi untuk ketiga-tiga variasi Smart #3

Smart #3 merupakan EV kedua yang dibawakan oleh Pro-NET dalam kelas coupe dan dapat dibezakan menerusi bentuknya dan saiznya yang lebih besar dari Smart #1 dalam kelas Hatchback. Ia membawakan kapasiti bagasi lebih besar, kuasa pecutan lebih pantas, pilihan pembrekan janaan semula sehingga tiga tahap dan untuk Smart #3 Brabus ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa 3.7 saat.

Smart #3 Pro mempunyai kapasiti bateri terkecil antara ketiga-tiga ini, iaitu sebesar 49 kWh dengan jarak perjalanan 325km WLTP, manakala versi Premium mempunyai bateri sebesar 66 kWh dengan jarak perjalanan sejauh 455km WLTP. Versi Brabus akan menggunakann bateri yang sama, namun dengan jarak perjalanan sejauh 415km WLTP kerana ia mempunyai dua motor.

Smart #3 Pro dijual pada harga RM 175,000 dan Smart #3 Premium dijual pada harga RM 215,000. Versi paling tertinggi iaitu Smart #3 Brabus dijual pada harga RM 255,000. Kesemua variasi ini menerima jaminan bateri selama 200,000km atau 8 tahun, jaminan komponen elektrik selama 150,000km atau 8 tahun, jaminan kenderaan selama 4 tahun tanpa had perbatuan, jaminan alat ganti selama 2 tahun tanpa had perbatuan, dan perkhidmatan bantuan 24 jam 7 hari seminggu.
Menarikya Smart turut menawarkan beberapa pakej untuk pendaftaran awal sebelum 31 Julai 2024 yang akan menerima pengecas rumah 22kW, bernilai RM 3,500, aksesori bernilai RM 2,500, penyesuai V2L, dan juga pakej internet selama 5 tahun.


Dengan pengumuman terbaru dari Smart ini bakal menambahkan pilihan EV dikalangan rakyat tempatan, terutamanya bagi mereka yang mengutamakan ruang bagasi dan juga prestasi yang dikemaskini. Anda boleh melihat sendiri dan juga hadir ke pengedar sah Smart seluruh Malaysia atau melakukan tempahan menerusi aplikasi mereka Hello Smart.