Carian
Ciri Samsung Call Assist Akan Menyokong 20 Bahasa Menjelang Penghujung 2024
July 10, 2024 Effi Saharudin

Ciri Call Assist diperkenalkan pada siri Samsung Galaxy S24 awal tahun ini dengan ia boleh melakukan alih bahasa panggilan telefon secara masa nyata. Di acara Unpacked malam ini, Samsung kini mengatakan Live Call Translate akan menyokong 20 bahasa menjelang penghujung 2024.

Ketika dilancarkan, ciri ini sekadar menyokong 13 bahasa sahaja. Yang menjadikannya menarik ialah ia menggunakan model AI terbina pada peranti dan oleh itu berfungsi tanpa memerlukan sambungan kepada internet. Apakah 7 bahasa baharu yang bakal diperkenalkan kelak masih belum diumumkan secara rasmi. Sebelum ini Samsung berkata sokongan Bahasa Malaysia akan diberikan dalam masa terdekat.

Pada waktu yang sama, Samsung tuurt mengatakan sokongan Live Translate turut akan menyokong pelbagai aplikasi popular global dalam masa terdekat. Sebelum ini pada siri Galaxy S24, ia hanya disokong pada aplikasi Samsung, WhatsApp dan Messenger sahaja.

Komen