Xiaomi MIX Flip adalah telefon katup pertama Xiaomi yang dijangka akan dilancarkan pada bulan ini bagi bersaing dengan Samsung Galaxy z Flip6. Sudah banyak informasi mengenai peranti ini tertiris seperti skrin yang hampir tiada kesan lipatan atau juga akan mempunyai kamera telefoto. Terbaru butiran cip dan memori telah diketahui.

Informasi ini didedahkan melalui laman Geekbench, model peranti 2405CPX3DC dipercayai adalah Xiaomi MIX Flip disenaraikan dengan skor satu teras 2,133 + skor multi-teras 6,608. Spesifikasi cip yang disenaraikan mirip Snapdragon 8 Gen 3 dan memori pula adalah 12GB RAM. MIX Flip mungkin akan menjalankan Xiaomi HyperOS baharu yang telah dioptimasikan untuk telefon katup.

MIX Flip turut dijangka akan dilengkapi dengan bateri 3,595mAh, menyokong pengecasan pantas 67W, kamera Leica 50+60 Megapixel, dan mungkin turut akan mempunyai variasi 16GB RAM + 1TB. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut mengenai peranti ini tidak lama lagi.