Carian
Xiaomi MIX Fold 4 Dan MIX Flip Akan Tiba Bulan Ini
July 10, 2024 Fahim Zahar

Xiaomi tahun ini nampaknya masih akan meneruskan penawaran peranti skrin boleh lipat mereka. Beberapa hari lepas, Xiaomi telah mengesahkan yang akan ada dua peranti dilancarkan pada bulan ini. Satu adalah MIX Fold 4 dan satu lagi adalah yang telah tertiris sejak dua tahun lepas, MIX Flip.

Xiaomi nampaknya ingin cuba bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 yang akan dilancarkan pada bulan ini juga. Tidak banyak butiran yang terdedah mengenai dua peranti ini. MIX Fold 4 dikatakan akan menggunakan skrin yang hampir tiada kesan lipat. Sementara MIX Flip akan menawarkan kamera telefoto yang jarang ditawarkan pada telefon katup.

Paten Xiaomi MIX Flip

Sejak MIX Fold dilancarkan, ia tidak pernah ditawarkan ke pasaran global. Diharapkan, kedua-dua MIX Fold 4 dan MIX Flip akan mengubah perkara ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen