Cari @ Amanz

Telefon lipat di China cukup popular. Huawei, Oppo, OnePlus, Xiaomi, Oppo dan vivo menguasai pasaran dan masing-masing bersaing menawarkan iterasi terbaik. Xiaomi menarik perhatian ramai dengan sistem kamera Leica serta rekaan menawan. Digital Chat Station telah melaporkan yang Xiaomi MIX Fold 4 kini dalam pembangunan.

MIX Fold 4 dikatakan akan menggunakan engsel baharu yang boleh memberi skrin hampir tiada kesan lipatan dan boleh dibuka dengan rata sepenuhnya serta tutup rapat. Peranti juga direka untuk lebih tahan lasak, dimuatkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, memori dan storan sehingga 1TB/16GB dan sokongan komunikasi satelit.

Bateri peranti dikatakan akan lebih besar daripada 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 100W. Kamera adalah 50MP dan turut akan mempunyai sensor periskop serba baharu. MIX Fold 4 turut akan menggunakan enjin haptik baharu yang lebih realistik. Xiaomi turut dikatakan memfokuskan kepada telefon lipat yang sangat ringan dan nipis, mungkin ingin bersaing dengan Honor Magic V2. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut peranti ini. Mana tahu tahun ini MIX Fold akan kembali ke pasaran global selepas bertahun tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd