Xiaomi MIX Flip Diacah Dengan Skrin Luar Nirbingkai Penuh
Fahim Zahar
Xiaomi baru-baru ini turut mengacah telefon katup pertama mereka iaitu MIX Flip. Peranti ini turut akan dilancarkan bersama-sama dengan MIX Fold 4 pada esok hari iaitu 19 Julai 2024. Menariknya, MIX Flip dilihat cuba membawakan sesuatu yang berbeza dalam kategori telefon lipat ini.

Pertama sekali yang menarik perhatian adalah skrin luar nirbingkai penuh dengan dua bonggol kamera. Saiz skrin adalah 4.0i-inci dengan kecerahan 1600 nits. MIX Flip turut menyertakan speaker kecil di luar untuk menjawab panggilan telefon tanpa membuka peranti. Skrin luar ini turut akan menyokong semua aplikasi berserta ciri Smart Hanging Windows.

Peranti akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, dipadankan dengan memori RAM LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0. Bateri peranti adalah 4780mAh, dan dwi-kamera pada MIX Flip ini menggunakan teknologi Leica. Salah satu lensa dikatakan adalah telefoto. MIX Flip akan dilancarkan pada 19 Julai, sama-sama kita nantikan.
[sumber] Weibo – Xiaomi [/sumber]