Carian
Telefon Lipat Generasi Baharu Oppo Mungkin Menyertakan Bateri Sebesar 6000mAh
July 22, 2024 Fahim Zahar

Oppo Find N adalah siri telefon lipat dan telefon katup yang cukup menarik. Find N3 dan Find N3 Flip adalah antara yang digemari ramai kerana membawakan satu iterasi yang unik. Di pasaran lain, Find N3 dijenamakan semula sebagai OnePlus Open dan akan datang telefon lipat ini akan dikemaskini dengan satu ciri yang pasti dihargai ramai.

Peranti yang dikatakan Oppo Find N5 atau OnePlus Open 2 akan dilengkapi dengan bateri sebesar 6000mAh. Ini adalah bateri paling besar dalam sebuah telefon lipat. Peranti ini mungkin akan menggunakan teknologi bateri Glacier Battery yang diperkenalkan pada OnePlus Ace 3 Pro iaitu bateri dengan teknologi yang dibangunkan oleh antara pengeluar bateri kereta EV terbesar iaitu CATL. Ia menjamin kesihatan bateri sehingga 4 tahun dan menyokong pengecasan pantas 100W.

Dua peranti ini turut akan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 4. Digital Chat Station menyatakan dua peranti ini mungkin akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2025. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut peranti lipat baharu Oppo dan OnePlus.

Komen