Huawei Mungkin Akan Melancarkan Telefon Skrin Tri-Lipat Dengan Cip Siri Kirin 9
Fahim Zahar
Teknologi skrin tri-lipat telah diperlihatkan sejak beberapa tahun lalu, namun peranti hanya berada dalam bentuk prototaip dan tiada peranti sebenar diperkenalkan. Samsung pernah memperlihatkan teknologi ini pada tahun 2021 dengan khabar angin ia sepatutnya dilancarkan pada tahun 2023. TCL pula pernah memperlihatkan konsep lebih kurang sama pada tahun 2020. Huawei walau bagaimanapun dikhabarkan mungkin akan melancarkannya tidak lama lagi.

Buat masa ini masih tidak pasti jika telefon skrin tri-lipat adalah sebuah peranti yang praktikal. Ia hanyalah sebuah tablet dengan skrin besar yang boleh dilipat tiga kali agar kelihatan seakan telefon biasa. Ia nampak cool, akan dijana cip Kirin 9 dan menggunakan pelbagai teknologi baharu untuk engsel. Saiz skrin dikatakan adalah mencapai 10-inci dan Huawei mungkin akan melancarkannya di bawah siri Mate pada sekitar bulan September akan datang.
Sama-sama kita nantikan kehadiran peranti dengan skrin tri-lipat pertama di dunia ditawarkan kepada umum. Anda rasa berapa harganya? Mate X5 dijual pada harga sekitar RM7400, sementara tahun lepas Mate X3 di Malaysia dijual pada harga RM8,888.
[sumber] Weibo – Digital Chat Station [/sumber]