Blackmagic Camera Kini Menyokong Xiaomi 14, OnePlus 12 Dan Samsung Galaxy S21/S22
Fahim Zahar
Blackmagic Camera adalah aplikasi kamera yang dibangunkan oleh Blackmagic untuk telefon pintar. Selepas diperkenalkan untuk iPhone, bulan lepas versi Android dilancarkan khusus untuk peranti Samsung Galaxy dan Google Pixel terpilih. Blackmagic baru-baru ini mengumumkan, aplikasi baharu mereka ini kini menyokong lebih banyak peranti Android lain.

Sebelum ini Blackmagic Camera hanya disokong pada Samsung Galaxy S23 Ultra, Galaxy S24, Galaxy S24+, Galaxy S24 Ultra, Pixel 7 dan Pixel 8 Pro. Kemas kini baharu ini membawakan sokongan kepada siri Xiaomi 13/14, OnePlus 11/12, siri Samsung S21/S22, Google Pixel 6/6 Pro dan Pixel 6a. Selain itu, Blacmagic turut menambah ciri pemantauan monitor dengan sambungan HDMI, kawalan transisi fokus-tarik serta lebih mudah menguruskan fail dalam Blackmagic Cloud.
Aplikasi ini percuma untuk dimuat turun di Google Play Store. Blackmagic mencadangkan menggunakan aplikasi kamera ini bersama-sama dengan aplikasi suntingan video mereka DaVinci Resolve.
[sumber] Threads – Blackmagic [/sumber]