Carian
Butiran Kamera Aksi Baharu DJI Tertiris Ke Arena Web
July 23, 2024 Amy Maizuraa

Timbul desas-desus mengatakan bahawa DJI sedang membangunkan dua kamera aksi baharu yang mungkin dikenali sebagai DJI Action 5 dan DJI Action 5 Pro. Nampaknya ada pendekatan yang berbeza dalam perancangan kali ini memandangkan kebiasaannya hanya satu versi ditawarkan untuk setiap kamera aksi yang dilancarkan. Dalam erti kata mudahnya DJI seakan-akan mahu memberi pilihan yang lebih pelbagai seperti yang pernah dilakukan oleh Insta360 menerusi pengenalan kamera aksi Ace dan Ace Pro mereka.

Gambar sekadar hiasan – DJI Action 4

Cuma sayangnya tidak banyak yang diketahui mengenai buat masa ini. Namun terdapat gambar tular yang menunjukkan Action 5 Pro boleh menggunakan tubuh tahan lasak dengan kemasan yang ringkas. Terdapat juga sensor 1/1.3-inci dengan bukaan aperature f/2.8 dan sudut pandang 155°. Di samping turut menawarkan sokongan pengecasan berwayar yang pantas. Tarikh pelancaran rasminya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Gambar tertiris – DJI Action 5 Pro
Komen