Spotify HiFi Mungkin Akhirnya Tiba Hujung Tahun Ini Dengan Kualiti Audio Lebih Tinggi
Effi Saharudin
Spotifi HiFi diumumkan pada Februari 2021 dan sehingga kini batang hidungnya tidak kunjung. tiba sedangkan Apple Music dan Tidal sudah lama menawarkan audio kualiti lebih tinggi mereka kepada pelanggan. Besar kemungkinan Spotify HiFi akan akhirnya dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Ini adalah kerana ketika pembentangan laporan kewangan Spotify yang terkini, CEO syarikat Daniel Ek mengatakan penawaran pelan baharu yang lebih” premium “deluxe” ini masih lagi perincikan. Tetapi ia mungkin hadir pada penghujung tahun ini dengan bukan sahaja audio berkualiti lebih tinggi tetapi juga dengan ciri kawalan yang lebih baik berbanding yang dinikmati pelanggan Spotify Premium sekarang.
Beliau turut mendedahkan yuran langganan pelan ini juga sekitar $5 lebih mahal berbanding $11.99 yang dibayar oleh pelanggan Premium di Amerika Syarikat. Peningkatan sekitar 40% lebih tinggi. Tambahan lagi pelan ini juga akan hadir dengan satu lagi ciri rahsia yang masih belum sedia didedahkan.
Di pasaran seperti Amerika Syarikat, pelanggan Premium turut. menerima akses kepada buku audio dan Spotify DJ yang menggunakan kecerdasan buatan (AI). Kedua-dua ciri ini masih belum boleh dinikmati pelanggan di Malaysia.
[sumber] The Verge [/sumber]