Samsung Galaxy Z Fold Slim Dilaporkan Mempunyai Rekaan Mirip Pixel Fold
Effi Saharudin
Samsung dipercayai akan melancarkan juga Galaxy Z Fold Slim dan Z Fold6 Ultra tetapi di pasaran tertentu sahaja. Setakat ini maklumat mengenai kedua-dua telefon skrin lipat ini masih lagi tidak begitu lengkap dengan ada yang mengatakan model Ultra akan mempunyai S Pen terbina. Hari ini muncul laporan Z Fold Slim akan mempunyai rekaan yang mirip Google Pixel Fold.

Skrin luar Z Fold 6 dikhabarkan mempunyai nisbah skrin 19.5:9 yang sama dengan Galaxy S24 Ultra. Maka dalam keadaan tertutup ia mempunyai saiz yang sama dengan skrin telefon jenis candybar. Ini berbeza dengan Z Fold6 yang masih mempunyai nisbah skrin 22.1:9 yang memanjang. Maklumat lain mengatakan skrin luar Z Fold Slim ialah sebesar 6.5″ dan skrin dalam pula sebesar 8″.
Sejauh manakah kebenaran ura-ura terkini ini hanya akan diketahui selepas peranti yang menurut sumber akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Sejak sekian lama pengguna Fold meminta Samsung menggunakan rekaan skrin luar yang lebih lebar seperti Oppo Find N3 dan Google Pixel Fold.
[sumber] IT Home [/sumber]