Malaysian Mahu Crowdstrike dan Microsoft Bayar Ganti Rugi Disebabkan Gangguan Minggu Lalu
Effi Saharudin
Malaysia ingin meminta Crowdstrike dan Microsoft membayar ganti rugi ke atas gangguan disebabkan oleh masalah sistem yang melibatkan 8.5 juta komputer seluruh dunia minggu lalu. Di Malaysia 14 syarikat terkesan apabila kemas kini yang diberikan oleh Crowdstrike menyebabkan munculnya masalah BSOD pada komputer yang menggunakan sistem sekuriti mereka.
Antara yang terkesan ialah lima agensi kerajaan dan sembilan syarikat dalam industri penerbangan, perbankan dan perubatan. Kami laporan sebelum Air Asia dan KTM adalah antara syarikat yang mengesahkan berlaku gangguan pada sistem yang digunakan oleh mereka untuk menguruskan penumpang.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, beliau telah bertemu wakil Crowdstrike dan Microsoft untuk meminta laporan penuh serta meminta kedua-dua syarikat mengelakkan insiden berlalu sekali lagi. Beliau turut berkata kerajaan membantu syarikat-syarikat yang terkesan mendapat pampasan.
Hari ini menurut laporan syarikat Insurans Parametrix, syarikat Fortune 500 yang berpangkalan di Amerika Syarikat kerugian $52 bilion akibat gangguan Crowdstrike yang berlarutan selama beberapa hari. Tiada angka pula dikongsi mengenai kerugian ke atas syarikat tempatan dalam insiden yang sama.
[sumber] Bernama [/sumber]