Permohonan MyKid Kembali Dibuka 29 Julai – Ini Cara Memohon
Rihhadatul Aisy
Jabatan Pendafataran Negara (JPN) hari ini mengumumkan telah membuka permohonan untuk kad MyKid mulai 29 Julai 2024 ini di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh negara. Pembukaan semula permohonan MyKid ini menandakan berakhirnya penangguhan sementara pengeluaran MyKid akibat kekurangan bekalan cip mikro seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Berikut adalah cara untuk memohon MyKid:
- Hadir ke Pejabat JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen yang diperlukan seperti sijil kelahiran (asal), salinan IC ibu dan bapa, salinan sijil nikah.
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga dipanggil.
- Serahkan borang permohonan dan dokumen kepada pegawai kaunter.
- Dapatkan resit permohonan.
- Hadir semula ke Pejabat JPN pada tarikh yang ditetapkan untuk mengambil MyKid. Bawa bersama dokumen asal untuk pengesahan
Diharapkan dengan pembukaan semula permohonan MyKid ini akan memudahkan ibu bapa untuk mendapatkan MyKid bagi anak-anak mereka. Manakala bagi mereka yang pernah membuat permohonan sebelum ini dengan memiliki resit permohonan MyKid tetapi cetakkannya ditangguhkan juga diminta untuk membuat pengesahan cetakan di portal rasmi JPN. Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan MyKid, sila layari portal rasmi JPN di jpn.gov.my.