Sonos Meminta Maaf Atas Aplikasi Bermasalah, Kemas Kini Akan Tiba Setiap Bulan
Fahim Zahar
CEO Sonos iaitu Patrick Spence telah meminta maaf kepada semua pengguna kerana aplikasi mereka yang bermasalah. Sejak 7 Mei 2024, selepas aplikasi baharu diperkenalkan ramai pengguna tidak berpuas hati. Walaupun rekaan antaramuka adalah moden dan mudah faham banyak ciri dan fungsi dibuang serta ada pelbagai masalah prestasi.

Oleh yang demikian sejak menerima laporan ini, Sonos telah mengemaskini aplikasi mereka setiap dua minggu. Disebabkan ada banyak pepijat dan pasukan pembangun Sonos sedang menampal pepijat, ciri dan fungsi yang hilang mengalami sedikit kelewatan untuk ia diintegrasikan semula. Bermula bulan ini, Julai kemudian Ogos, September dan November Sonos akan melakukan kemaskini secara mingguan.
Di Amanz, masalah sama turut dihadapi ketika mengulas Sonos Ace. Walaupun begitu untuk fon kepala ia tidak mendatangkan masalah serius berbanding pengguna soundbar dan produk speaker Sonos yang lain. Sama-sama kita nantikan kemas kini melalui App Store dan Play Store.
[sumber] Sonos [/sumber]