Snapdragon Summit Akan Berlangsung Pada 21 Oktober – Mungkin Untuk Snapdragon 8 Gen 4
Fahim Zahar
Di China, tarikh acara Snapdragon Summit 2024 telah diumumkan akan berlangsung pada 21 Oktober sehingga 23 Oktober. Di acara ini biasanya cip baharu Snapdragon akan diumumkan dan jangkaan kami selari jangkaan sumber iaitu cip Snapdragon 8 Gen 4 akan dilancarkan.

Cip ini dikatakan akan menggunakan Oryon CPU yang sama pada siri Snapdragon X untuk laptop-laptop Windows AI PC dan Copilot+. Kuasa cip dikatakan mungkin mencapai 4.2GHz dengan skor penanda aras Geekbench diramalkan adalah mencapai 3000 untuk satu teras dan 10,000 untuk multi-teras. Cip ini dikatakan akan menggunakan rekaan 3nm oleh TSMC. Cip ini dikatakan akan menjadi pesaing sebenar untuk Apple A17 Pro yang membolehkan permainan PC dijalankan pada peranti mudah alih
[sumber] MyDrivers [/sumber]