Pentas.IO ialah laman dagangan NFT tempatan yang menjadi tumpuan ramai tiga tahun lalu dengan 869 NFT baharu dimuat naik setiap hari. Ia juga menjadi tempat NFT Rusuk Emas berjaya dijual pada harga 22BNB iaitu sekitar RM52,000 mengikut kadar tukaran pada ketika itu. Tetapi bahagian jual beli Pentas sudah lebih seminggu tidak beroperasi.

Menerusi ciapan rasmi akaun X Pentas, masalah pada sistem latar belakang laman mengalami masalah pada 18 Julai lalu. Pihak Pentas mengatakan pihak mereka berusaha untuk mengembalikan operasi dan meminta maaf atas kesulitan yang berlaku. Tetapi selepas 10 hari isu masih lagi berterusan dan tiada koleksi NFT boleh diakses menerusi Pentas sehingga hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, program Digital Asset Onboarding yang dilakukan secara kerjasama dengan MDEC juga mengalami kelewatan. Peserta layak menerima sehingga RM4000 untuk karya digital mereka. Program diumumkan Disember tahun lalu dengan pembayaran pada asalnya dijangka diterima pada akhir April atau awal Mei. Tetapi ini pembayaran dijangka tiba pada 30 September.