Xiaomi Memulakan Pembangunan Kereta Elektrik Disebabkan Takut Halangan Dagangan Amerika
Aman
Xiaomi telah pun memperkenalkan kereta elektrik mereka pada tahun ini, dan mula menjualnya di pasaran China – sekaligus memperlihatkan kepada permintaan yang tinggi dikalangan pengguna. Menyentuh mengenainya, baru-baru ini Lei Jun, CEO Xiaomi berkongsi berkenaan kisah disebalik pembangunan kereta elektrik berkenaan.
Menurut Lei Jun, pada tahun 2021, mereka risau akan halangan dagangan oleh Amerika Syarikat, sekaligus membuatkan mereka meneroka perniagaan baharu, iaitu pembangunan kereta elektrik sepenuhnya.

Seperti ramai sedia maklum, pada 2021 yang lepas, pihak Amerika Syarikat telah mula melabelkan Xiaomi sebagai syarikat milik “tentera komunis China”, sekaligus membawa kepada potensi ia dikenakan halangan dagangan. Ketika itu sendiri, Xiaomi telah mengambil langkah awal dalam membawa kes berkenaan ke mahkamah, dan memenangi kes berkenaan, sekaligus mengatasi halangan dagangan Amerika Syarikat.
Disebabkan oleh insiden berkenaan, Lei Jun telah mulakan langkah dalam meneroka perniagaan baharu yang mengurangkan impak sekiranya Xiaomi dihalang dagangan – seperti dikenakan terhadap Huawei.
Pada hari ini, Xiaomi masih terus bersaing sihat dalam arena telefon pintar, tetapi telah mulakan pembangunan HyperOS sebagai sistem operasi khusus mereka, dan membuat beberapa perubahan pada kaedah operasi syarikat. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan mula memasarkan kenderaan mereka pada peringkat global.