Anda Kelak Boleh Mengubahsuai Imej Yang Dijana Google Gemini Dengan Prom Ringkas
Fahim Zahar
Google Gemini akhirnya ditawarkan di Malaysia selepas berbulan lamanya menggantikan aplikasi Google Assistant. Ia turut sedia menyokong bahasa Melayu memudahkan lagi pengguna di Malaysia yang sudah lama bergantung kepada Copilot. Terbaru, Google Gemini akan membawakan sokongan menyunting atau mengubahsuai imej yang dijana oleh Imagen.

Dalam Google Gemini, selepas imej yang dijana akan datang ia akan mengingati imej teras yang telah dijana. Kemudian, pengguna boleh ubahsuai imej dengan melakar di latar belakang untuk memilih kawasan yang ingin ditukar atau memilih objek untuk dibuang. Gemini akan menjana gambar baharu dengan subjek asal dikekalkan. Contoh yang sumber berikan adalah Gemini menjana imej dua ekor anjing di jalanan dan ia boleh ubah latar belakang ke kawasan perumahan.
Buat masa ini ciri masih dalam peringkat ujian dan tidak pasti bila ia akan diberikan kepada semua pengguna. Google Gemini turut ada merancang memberi pelanggan Gemini Advanced akses kepada Imagen-3, jadi ia mungkin adalah satu ciri premium.
[sumber] Android Authority [/sumber]