TikTok Pula Ingin Menawarkan Ciri Carian Muzik Dengan Mendengungkan Irama
Fahim Zahar
Ciri mendengungkan irama untuk mencari muzik adalah kaedah carian yang sudah bertahun diperkenalkan. Ia mula popular melalui Google Assistant, kemudian diintegrasikan terus ke dalam aplikasi YouTube Music. Terbaru, TikTok pula ingin menawarkan ciri lebih kurang sama.

Ciri ini diberi nama sebagai Sound Search, di mana ia mendengar dan mencari muzik di latar belakang seperti di persekitaran kafe atau dinyanyikan sendiri oleh pengguna. Lebih menarik, jika anda tidak tahu judul dan artis nyanyian tetapi masih mengingati iramanya terus dengungkan pada TikTok dan hasil carian akan dipaparkan dengan pantas. Menurut sumber, lagu-lagu klasik popular dan lagu-lagu yang menjadi trend serta sedang tular akan lebih pantas dicari.
Proses carian yang pantas ini turut tidak terkejut kerana TikTok sendiri telah menjadi seakan enjin carian dengan integrasi Google dan Wikipedia. Buat masa ini, Sound Search masih dalam ujian untuk pengguna terpilih dan belum diedarkan kepada semua orang. Adakah anda akan menggunakan ciri ini atau bergantung pada platform Google dan Shazam sahaja?
[sumber] TechCrunch [/sumber]