Samsung Galaxy Z Flip Kini Digunakan Sebagai Kamera Badan Polis
Fahim Zahar
Di Malaysia kami sudah mendengari mengenai penggunaan kamera badan untuk anggota PDRM. Sehingga kini ia masih belum menjadi realiti tanpa sebab mengapa ia tertangguh. Di Amerika Syarikat, Samsung melakukan kerjasama dengan dua jabatan polis di Missouri untuk mencuba telefon Galaxy Z Flip sebagai kamera tubuh.
Ujian dilakukan selama enam bulan menggunakan Galaxy Z Flip5 mendapati ia serasi digunakan sebagai kamera tubuh anggota tubuh kerana mempunyai kamera dengan OIS yang membolehkan rakaman diambil dengan stabil.

Peranti walau bagaimanapun diubahsuai bagi membolehkan rakaman video pantas dilakukan dengan hanya menekan satu butang dan rakaman automatik apabila mengesan anggota polis sedang melakukan aksi mengejar suspek. Bagi memastikan keserasian dengan tugas, Samsung bekerjasama dengan Visual Labs yang menawarkan kamera tubuh untuk pihak polis.
Kerana ujian rintis berjalan dengan jayanya, Samsung mengatakan program ini akan dikembangkan lagi kepada 25 jabatan polis di 5 negeri di Amerika Syarikat. Penggunaan telefon Samsung di luar sektor awam bukanlah perkara baharu. Sebelum ini mereka menawarkan telefon Samsung Galaxy S23 Tactical Edition dan Samsung Galaxy XCover6 Pro Tactical Edition khusus untuk kegunaan tentera.