Android 14 Hanya Digunakan Oleh 13% Peranti Setakat Ini
Fahim Zahar
Android 15 stabil akan tiba tidak lama lagi. Ia akan ditawarkan kepada peranti Google Pixel terlebih dahulu sebelum ke peranti lain. Walaupun sistem operasi generasi baharu Android ini akan tiba, tahukah anda masih ramai yang menggunakan Android versi lama?

Dalam laporan 9to5Google, mereka melaporkan yang majoriti pengguna masih menggunakan peranti Android 13. Sebanyak 20.9% peranti yang masih aktif berbanding tahun lepas hanya 5.2% sahaja yang aktif.. Peranti kedua terbanyak adalah dengan Android 11 iaitu 19% jumlah peranti masih aktif. Seterusnya adalah Android 12 dengan 14.7% dan Android 14 pula masih berada di tahap 13%. Mengejutkan, turut masih ramai yang aktif menggunakan peranti Android 10.
Perkara ini biasa terjadi apabila pengguna tidak mengaktifkan kemas kini sistem automatik, degil untuk tidak ingin kemas kini, atau langsung tidak ambil tahu mengenai peranti boleh dikemaskini ke Android terkini. Setakat ini hanya Google Pixel dan Samsung Galaxy menawarkan kemas kini Android yang pantas dan terkini, selain turut menyokongnya untuk tempoh yang lama.
[sumber] 9to5Google [/sumber]