Sony Xperia 10 VI Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga RM2,199
Amy Maizuraa
Sony Xperia 10 VI telah diumumkan secara rasminya pada bulan Mei yang lalu. Ia membawakan binaan yang kompak sambil mengekalkan skrin pada nisbah 21:9 seperti beberapa peranti Sony yang lain. Semakan kami melalui laman web rasmi mendapati Sony Malaysia telah mula menyenaraikan harga jualannya yang bernilai RM2,199 sebuah. Ia bagaimanapun sekadar disenaraikan sahaja buat masa ini dengan jangkaan jualan bermula pada Ogos akan datang.


Sony Xperia 10 VI menggunakan skrin OLED sebesar 6.1″ dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dijana oleh cip Snapdragon 6 Gen 1, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5000mAh digunakan pula menyokong pengecasan pantas 30W dan boleh dicas melalui port USB-C. Melengkapi peranti ialah sistem dwi-kamera utama dengan tetapan 48MP + 12MP dan swafoto sebesar 8MP. Diikuti dengan beberapa spesifikasi lain seperti penarafan kalis air IPX5/IPX8/IP6X, pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari sisi.