Laptop Mesra Alam Acer Aspire Vero 16 Kini Di Malaysia Dengan Harga RM4,999
Fahim Zahar
Acer Aspire Vero adalah keluarga laptop mesra alam yang menggunakan bahan binaan plastik dan kaca yang dikitar semula. Model terbaru adalah Acer Aspire Vero 16 yang diperlihatkan pada Januari lalu dengan lebih 60% bahan binaan kitar semula. Hari ini sempena Acer Day 2024, laptop ini mula dijual di Malaysia secara rasmi.

Laptop ini dilengkapi dengan skrin 16-inch WUXGA (1920 x 1200) bernisbah 16:10. Untuk pasaran Malaysia, Acer hanya menawarkan model dengan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 155U. Ia dipadankan dengan memori 16GB of LPDDR5X dan storan dalaman 1TB PCIe Gen4 SSD. Bateri Aspire Vero 16 ini boleh bertahan sehingga 10.5 jam dengan sekali cas melalui pengecasan 65W.

Bukan sahaja tubuh diperbuat daripada bahan kita semula, pad sesentuh juga menggunakan kaca OceanGlass kitar semula. Terdapat juga dua port USB-C Thunderbolt 4 dan HDMI 2.1 untuk sambungan aksesori tambahan. Acer Aspire Vero 16 (AV16-51P-74JM) mula dijual hari ini dengan harga RM4,999. Sempena Acer Day, anda boleh dapatkannya pada harga RM4,899 dengan baucar TnG RM200. Jika anda membeli di atas talian, anda akan menerima Acer Vero OBP Key Chain, Carabiner Hook – Metal Alloy Swivel Buckle yang bernilai RM49 secara percuma.