Hari ini acara Acer Day 2024 telah bermula. Selain melancarkan Aspire Vero 16 dan Aspire Lite 14 baharu, seperti biasa pelbagai diskaun menarik dan hadiah percuma diberikan kepada pelanggan Acer. Lebih menarik, terdapat ganjaran sehingga RM650,000 boleh direbut dan harga produk boleh didapati serendah RM1.99.

Acer turut menawarkan kredit TnG dari RM60 ke RM300 mengikut nilai pembelian. Untuk Acer Flash Sale pula mereka menawarkan diskaun kepada pelbagai kategori produk termasuk laptop produktiviti, laptop gaming, monitor, kerusi gaming dan juga kipas.

Jika Aspire Vero 16 dan Aspire Lite 14 bukan laptop kegemaran anda, Lite 16 dan Swift Go 14 turut boleh didapatkan dengan potongan harga RM100. Jika bukan laptop yang anda cari, dengan bajet RM1.99 atau RM3.99 anda boleh dapatkan tetikus brwayar Acer dan pad tetikus Vero yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Jika anda mahukan produk RM5,599 pada harga RM1, Acerpure Pro P3 ditawarkan untuk 50 pelanggan terawal.

Acer Malaysia turut mengembangkan jualan runtuh mereka ke lebih banyak lokasi. Antaranya adalah Plaza Low Yat, Aman Central, Bestbuy IT Mall, Monaliza & Mastura Enterprise, Style-Vision dan banyak lagi. Acer Day 2024 bermula hari ini, 1 Ogos 2024 dan akan tamat pada 8 September 2024.
