Siri Google Pixel 9 Disahkan Memasuki Malaysia Oleh Maxis dan CelcomDigi
Effi Saharudin
Buat pertama kalinya dalam sejarah, siri Google Pixel akan dipasarkan di Malaysia secara rasmi. Selepas Google Malaysia berkongsi video acah pelancarannya pada 14 Ogos depan, kini Maxis dan CelcomDigi mengumumkan mereka akan mengambil pratempahan untuk Google Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL pada tarikh tersebut.

Ciapan sekadar mengatakan pratempahan akan dibuka pada 14 Ogos tetapi harga jualan dan laman untuk melakukan tempahan masih belum lagi dibuka. Sebelum ini hanya peranti Google Nexus sahaja dipasarkan secara rasmi di Malaysia. Walaupun boleh dibeli, peranti di Malaysia sebelum ini tidak menerima jaminan oleh Google jika berlaku sebarang kerosakan. Maklumat lebih lanjut mengenai harga dan model yang akan ditawarkan akan hanya diketahui dua minggu dari sekarang.
Google Pixel 9 yang dilengkapi skrin 6.3″ Actua Display, dijana cip Tensor G4, memori sebesar 12GB, kamera utama 50+48MP dan kamera hadapan pula sebesar 10.5MP.
Kemudian Google Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL pula dilengkapi skrin 6.3″ dan 6.8″ Actua Display, dijana cip Tensor G4, memori sebesar 16GB, kamera utama 50+48+48MP dan kamera hadapan pula sebesar 42MP. Sekali lagi tiada maklumat mengenai bateri ataupun pilihan storan.