Carian
GXBank Kini Mempunyai Lebih 750,000 Pengguna Berdaftar
August 2, 2024 Amy Maizuraa

Bank digital GX Bank Berhad (GXBank) berkongsi perkembangan terkini dengan menyatakan sudah mempunyai lebih 750,000 pengguna berdaftar selepas tujuh bulan ia dilancarkan sejak November lalu. Angka terbaharu yang dikongsi GXBank itu sekaligus menunjukkan pengenalan aplikasi tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pengguna.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 500,000 penggunanya turut menyokong penggunaan kad GXBank. Manakala sebanyak 800,000 poket simpanan turut telah dihasilkan oleh pengguna. Pertumbuhan kukuh GXBank juga dapat dilihat berdasarkan jumlah transaksi di mana lebih 9 juta transaksi direkodkan dengan lebih 4 juta daripadanya menggunakan kod QR. GXBank meneruskan rentak cemerlang apabila dilihat berada di kedudukan ketiga teratas melalui gedung aplikasi PlayStore dan Appstore yang menggambarkan ia menjadi antara pilihan pengguna khususnya melibatkan aktiviti perbankan dalam talian.

Berkongsi perancangan dan hala tuju syarikat, GXBank memberitahu turut bercadang utnuk membuka pusat kecemerlangan serantau di pasaran menjelang akhir tahun ini. Melaluuinya hab tersebut dikatakan tidak hanya tertumpu pada perkhidmatan bank digital semata. Malahan turut menampilkan sokongan teknologi dan pengurusan risiko buat pengguna di negara ini. Pembangunan hab ini juga adalah sebahagian daripada pelaburan RM1.5 bilion GXBank untuk tempoh lima tahun mendatang.

Aplikasi GXBank telah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store untuk pendaftaran. Pun begitu perlu ditegaskan bahawa ianya tidak patuh syariah dan merupakan bank konvensional.

Komen