Carian
Google Menarik Siaran Iklan AI Di Olimpik Selepas Dikecam
August 6, 2024 Fahim Zahar

Tahun ini nampaknya menjadi trend, syarikat teknologi gergasi menerbit iklan yang mengguris hati ramai orang kemudian iklan ditarik kembali. Apple sahaja sudah dua kali, dengan kali pertama didakwa iklan mereka menghina golongan kreatif yang menggunakan alatan fizikal dan kemudian kali kedua pula mengguris perasaan warga Thailand. Terbaru adalah giliran Google pula dikecam kerana iklan AI yang disiarkan di Amerika Syarikat ketika Olimpik.

Iklan ini disiarkan di rangkaian NBCU di Amerika Syarikat dan terus dikecam oleh orang ramai. Google didakwa mempromosikan kaedah yang malas dan jijik dalam menulis surat kepada idola sukan seseorang. Dalam iklan ini;

“Seorang bapa membantu anaknya menulis surat kepada Sydney McLaughlin-Levrone iaitu atlet pelari pecut yang menyertai Olimpik 2024. Dia meminta Google Gemini untuk membantu menulis surat yang anaknya sangat berinspirasi dengan Sydney dan bahawa anak perempuannya bercadang untuk memecahkan rekod dunia Sydney suatu hari nanti.”

Google Gemini pada telefon pintar Android.

Atas kecaman ramai iklan ini terus dihentikan siarannya. Google menyatakan yang iklan ini sebelum disiarkan telah diuji terlebih dahulu dan menerima sambutan baik. AI generatif adalah alat yang membantu meningkatkan daya kreativiti pengguna dan bukannya pengganti.

Apa pendapat anda dengan ciri AI generatif dalam menulis surat untuk idola? Adakah anda, jika seorang bapa ingin menggunakan AI untuk membantu anak anda?

Komen