Xiaomi HyperOS 2.0 Bakal Menyokong Ciri Menjejak Kamera Tersembunyi
Fahim Zahar
Privasi peribadi adalah sangat penting. Di alam maya kita mungkin sudah terjejas kerana kerap berkongsi pelbagai perkara, tetapi di dunia nyata siapa sahaja tahu diri kita sendiri selamat dan tidak dipantau. Xiaomi menyedari perkara ini mungkin akan menyertakan ciri penjejakan kamera tersembunyi dalam HyperOS 2.0.

Ini bukanlah ciri baharu kerana beberapa tahun lepas, Oppo Find X5 telah menyertakannya dan terhad di China sahaja. Untuk Xiaomi, ciri ini mungkin mengambil inspirasi daripada Ingram iaitu program berasaskan Phyton yang boleh diakses di GitHub untuk ciri yang sama. Ciri ini akan mencari kamera tersembunyi dengan melakukan analisa terhadap kekuatan isyarat, siaran SSID, mengenalpasti alamat MAC dan juga melakukan analisa terhadap trafik rangkaian.
Buat masa ini masih tidak pasti jika ciri ini akan ditawarkan kepada Xiaomi HyperOS 2.0 China atau global. Peranti mana yang akan menyokongnya juga masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan dan lihat adakah ini ciri perlindungan privasi peribadi dalam telefon yang baik.
[sumber] Xiaomitime [/sumber]