Carian
Robot Tesla Optimus Kini Dipamerkan Di Pavillion Kuala Lumpur
August 6, 2024 Effi Saharudin

Robot berupa manusia Tesla Optimus kini di Malaysia dengan ia dipamerkan di Pavillion Kuala Lumpur. Ia dibawa sempena pameran Tesla yang bermula hari ini 6 Ogos sehingga 11 Ogos. Berdasarkan imej yang dikongsi menerusi laman Instagram rasmi Tesla Malaysia, hanya satu Optimus akan dipamerkan bersebelahan kereta Model Y dan Model 3.

Tesla Optimus ialah robot yang dibangunkan bagi tujuan menggantikan pekerja manusia di kilang Tesla. Pada asalnya Elon Musk mengatakan robot akan mula dijual kepada syarikat yang berminat pada tahun 2025 tetapi kemudian ditangguhkan ke 2026. Ia dilihat sebagai usaha Tesla untuk memberikan persaingan kepada syarikat robotik lain seperti Boston Dynamics.

Menerus perkongsian di media sosial, Optimus boleh berjalan dengan perlahan, menari secara berkumpulan dan melipat baju. Dari segi ketangkasan ia masih di belakang robot Atlas oleh Boston Dynamics yang bukan sahaja boleh berlari tetapi boleh melakukan balik kuang seakan ahli akrobotik dan membantu pekerja di tapak pembinaan.

Komen