Lenovo Legion Go S Mungkin Adalah Konsol Mudah Alih Baharu Yang Lebih Mampu Milik
Fahim Zahar
Beberapa bulan lepas telah kami laporkan yang Lenovo mungkin akan memperkenalkan satu lagi konsol mudah alih Windows di bawah siri Legion Go. Ia dikatakan adalah versi lebih mampu milik dan baru-baru ini informasi baharu mengenainya telah muncul.

Lenovo sendiri telah mendedahkan sedikit informasi secara tidak sengaja menjelaskan yang wujudnya satu lagi Legion Go. Ia dikatakan mempunyai skrin 7-inci, menyokong sambungan HDMI serta menggunakan sistem penyejukan dwi-kipas. Windows Central melaporkan yang nama produk ini adalah Legion Go S.
Buat masa ini masih tidak pasti lagi jika Lenovo akan melancarkannya dalam masa terdekat dan adakah ia akan ditawarkan secara meluas atau terhad di negara tertentu sahaja. Di kalangan pengguna konsol mudah alih, orang ramai memilih ASUS ROG Ally sementara kami di Amanz memilih Legion Go sebagai peranti terbaik untuk gaming mudah alih.
[sumber] Windows Central [/sumber]