Amerika Syarikat dipercayai akan mengenakan sekatan penjualan memori HBM kepada China dalam masa terdekat. Ini menyebabkan syarikat teknologi China seperti Huawei dan Baidu mula membeli memori HBM keluaran Samsung secara pukal menurut laporan Reuters.
Memori HBM2E yang adalah dua generasi di belakang teknologi HBM3E yang digunakan sekarang tetapi suka memadai untuk kegunaan di China dimana pembangunan teknologi cip juga beberapa generasi di belakang. Tiada isu untuk mendapatkan bekalan HBM2E pada ketika ini kerana cip terkini yang dikeluarkan oleh NVIDIA kesemuanya menggunakan memori yang lebih terkini.
Huawei dikatakan menggunakan memori HBM2E untuk cip AI Ascend keluaran mereka sendiri. Selain keperluan cip AI, memori HBM juga digunakan dalam industri lain seperti pembangunan satelit komunikasi. Sekiranya halangan penjualan cip HBM dikenakan, Samsung akan terjejas teruk kerana 30% pendapatan jualan memori mereka adalah daripada China. Ini bukanlah berita yang ingin didengari kerana Samsung baru sahaja berjaya meningkatkan kembali pendapatan cip memori mereka selepas harga memori kembali normal.
Halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat adalah bagi mengekang kemajuan dan kemajuan teknologi China. Penjualan cip AI terkini NVIDIA dan AMD telahpun dikenakan sejak tahun lalu menyebabkan versi yang kurang berkuasa sahaja boleh dijual. Sebab yang diberikan oleh Amerika ialah China menggunakan teknologi mereka bagi tujuan ketenteraan yang akan mendatang risiko keselamatan negara.