Sonos TV Audio Swap Untuk Pindah Audio Soundbar Ke Sonos Ace Kini Di Android
Fahim Zahar
Sonos Ace adalah fon kepala premium yang pengguna setia Sonos telah nantikan. Ia membawakan rekaan seakan Apple AirPods Max dengan banyak ciri audio yang menarik. Salah satu ciri adalah TV Audio Swap yang boleh memindahkan audio yang dimainkan pada soundbar kepada Ace. Cuma ciri ini terhad kepada pengguna Apple.
Sejak Sonos Ace dilancarkan, TV Audio Swap hanya boleh digunakan jika pengguna menggunakan iPhone atau iPad dan juga memerlukan Sonos Arc. Kemas kini terbaru telah mengembangkan ciri ini kepada pengguna Android serta mereka yang memiliki Sonos Beam dan Ray. Ciri audio spatial dan penjejakan kepala turut diberikan.
Ciri baharu ini hanya boleh digunakan bersama aplikasi Sonos baharu yang turut telah menerima pelbagai tampalan masalah yang berlaku sejak Ace dilancarkan beberapa bulan lepas. Jika anda adalah pengguna Sonos Ace dan turut menggunakan soundbar Arc, Beam atau Ray – kemas kini aplikasi Sonos hari ini.
[sumber] What HiFi [/sumber]
