Huawei MatePad Air (2024) Rasmi Dengan Tubuh Lebih Nipis Dan Bateri 10,100 mAh
Amy Maizuraa
Huawei meruskan penawaran tablet MatePad Air dengan tambahan produk baharu baru-baru ini. Apabila bercakap tentang penjenamaan ‘Air’ apa yang terbayang di minda adalah sebuah peranti yang ringan dan nipis. Samalah seperti tablet baharu ini yang lebih nipis dengan ketebalan 5.9mm berbanding generasi terdahulu.

Ia juga lebih besar melalui skrin IPS 12-inci (2800 × 1840 piksel) yang menyokong kadar segar semula 144Hz untuk tatalan lebih lancar. Seperti biasa Huawei tidak memperincikan butiran cip pemprosesan. Namun apa yang pasti ia menyediakan pilihan memori 8/12GB RAM, storan dalaman 256/512GB dan pelancar terkini HarmonyOS 4.2.

Sistem kamera utama digunakan terdiri dengan 13MP (f/1.8) + 8MP ultra lebar dan gambar swafoto pula boleh diambil melalui kamera hadapan 8MP. Mengusai tablet juga bateri 10100 mAh dengan pengecasan 66W yang boleh berfungsi sekurang-kurangnya 14 jam masa main balik video. Selain itu dilengkapi teknologi Virtual Cavity Antenna dan Cavity-line Hybrid Mode untuk sambungan peranti lebih stabil.

Di China Huawei MatePad Air (2024) dijual bermula CNY 2,899 (~RM1,811) sebuah dengan tiada butiran untuk ketersedian di Malaysia setakat ini. Pun begitu anda masih boleh mendapatkan MatePad Air (2023) pada harga RM2,799 sekiranya berminat.