Carian
Infineon Melaburkan RM34 Bilion Lagi Untuk Mengembangkan Fasiliti Di Kulim
August 8, 2024 Effi Saharudin

Infineon Technologies AG syarikat semikonduktor dari Jerman mengumumkan mereka akan melakukan pelaburan tambahan €5 bilion (~RM 24.5 bilion) pada fasiliti pengilangan mereka di Kulim Kedah. Ini adalah bagi membangunkan fasiliti fasa ketiga Kulim 3 yang akan menjadi fasiliti pengeluaran silikon karbid 200-mm terbesar di dunia. Sebelum ini pada Ogos tahun lalu, Infineon mengumumkan pelaburan €2 bilion (~RM 9.79) untuk fasiliti fasa kedua Kulim 3.

Pelan pembangunan fasiliti Infineon Kulim 3 di Kulim

Secara keseluruhan sebanyak 4000 peluang pekerjaan bernilai tinggi akan diwujudkan apabila ketiga-tiga fasa lengkap kelak. Fasa 1 mewujudkan 900 pekerjaan, fasa 2 mewujudkan 600 pekerjaan dan baki 2500 pula menerusi fasa ketiga.

Tahun ini Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pada suku pertama 2024 sahaja, industri semikonduktor menarik pelaburan berjumlah RM34.3 bilion daripada 34 projek, serta mewujudkan 6221 pekerjaan baharu. Perkembangan ini sejajar dengan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS), yang telah menetapkan sasaran menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan bagi industri semikonduktor dalam fasa pertama rancangan itu.

Komen